Polis Ambil Keterangan Saksi Berhubung Kejadian Tanah Runtuh

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama)– Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi dan pemilik Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat berhubung kejadian tanah runtuh di rumah itu Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata keterangan daripada pelbagai pihak adalah penting bagi membantu siasatan serta mengenal pasti punca berlakunya tragedi itu.
“Kita akan lihat sekiranya wujud kecuaian dan kelalaian dari mana-mana pihak sehingga berlakunya kejadian ini,” katanya selepas melawat mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut di Hospital Ampang di sini Isnin.
Enam mangsa yang terselamat dalam insiden itu kini ditempatkan di wad khas (bencana) hospital itu manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tun Hisan berkata fokus siasatan akan tertumpu kepada status tanah berkenaan yang dikatakan tanah pertanian dan untuk mengesahkan sama ada pembinaan rumah di tanah itu mendapat kebenaran ataupun tidak.
Beliau berkata polis sedang berbincang dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan agensi-agensi lain bagi mencari punca yang mengakibatkan tanah runtuh itu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata rumah itu telah dibina lebih 10 tahun lepas dan ia merupakan tapak pertanian dan bendang
Tun Hisan berkata kerja-kerja pembersihan tanah runtuh tidak dapat dilakukan pada ketika ini kerana masih berlaku pergerakan tanah di tempat kejadian.
Katanya polis masih berkawal di tempat kejadian bagi mengawasi harta benda yang tinggal di kawasan berkenaan.
Mengenai khabar angin kononnya rumah anak yatim itu ada mengamalkan ajaran sesat, Tun Hisan berkata khabar angin itu tidak betul.
– BERNAMA
Berikut adalah berita terkini tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat. Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.
Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui

Sebuah jengkaut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di sini hari Sabtu. KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu.
Setakat 8 malam, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.
Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
– BERNAMA

**Sungguh menyayat hati aku bile baca petikan nie..
**pukul 7.35 am aku dengar hot.fm tentang kejadian nie..Didalam kereta aku menangis bile mendengar pendengar2 menyuarakan segala rintihan tentang anak kecil itu..Sudah la  anak yatim piatu,begitu pulak ceritanya...Tidak dpt untuk aku membayangkan keadaan mereka pada masa itu..Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak yatim itu.

**Takziah di ucapkan kepada keluarga /waris anak-anak yatim..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwa anak2 yatim..
mARILAH KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK MEREKA YANG PERGI MENINGGALKAN KITA..
AL-FATIHAH...AMIN