semalam besday my pren vs my boss..ani..hepi besday kt ko..hri ni bru aku smpt nk masukkan dlm blog..
haru biru dikejekan dek staff kuasa my yg semenyer happening..lap u ols..

Nie la My boss..Puan Aini..
Ni la keadaan Kuasa My dgn staff yg selalu kuat makan..jgn mare.....
Nie la Muka-muka Kuasa My..
Orang kuat Kuasa My yg sentiasa Kuat makan...nyum,mmm......nyummm....

*dok tunggu bile kek eskrim nie nk dipotong...lambat tul..Kek Eskrim nie ditaja oleh Puan Yati..Tenkiu....
Nie la org yang sponsor kek eskrim tu..sedappppppppppppppp..sgt2...i like it...
tenkiu kak...

myMetro | Dikeroyok geng penarik kereta


SUNGAI PETANI: Seorang wanita mengalami detik ngeri apabila terpaksa bergelut dengan beberapa lelaki yang juga penarik kereta yang menceroboh kawasan rumahnya di Taman Petani Jaya, di sini, Sabtu lalu untuk merampas kereta miliknya.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Norlieza Mohd Isa, 24, cedera di lengan kiri akibat ditoreh dengan pisau serta cedera di beberapa bahagian badan akibat dipukul kumpulan lelaki terbabit.

Menceritakan semula kejadian itu, Norlieza berkata, ketika kejadian dia berseorangan di rumah sewanya manakala rakannya keluar sebelum melihat dua kereta dinaiki enam lelaki berhenti di depan rumah.
“Empat daripada mereka kemudian bertindak membuka pintu pagar yang tidak berkunci sebelum menceroboh ke kawasan rumah serta membuka pintu kereta Proton Wiranya dengan mengumpil menggunakan peralatan tajam.

“Saya cuba menghalang mereka daripada merosakkan kereta sebelum seorang meminta kunci kereta. “Saya enggan memberinya kerana mereka tidak menunjukkan notis penarikan kereta daripada bank,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit turut bertindak kurang ajar apabila menyatakan mahu merampas kereta itu untuk kegunaan mereka dan mahu menjual peralatan kereta itu bagi mendapatkan wang. Malah, mereka turut mencabarnya menghubungi polis apabila dia cuba menghalang perbuatan itu.
Katanya, cubaannya untuk menghalang menyebabkan berlaku pergelutan hingga dia dipukul dan dicederakan sebelum ditolak hingga terjatuh.

“Saya bernasib baik apabila teman serumah tiba-tiba pulang dan segera menghubungi polis menyebabkan kumpulan lelaki itu beredar dan tidak sempat merampas kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.
Menurutnya, dia menghubungi bank berkenaan dan mereka mengakui mengeluarkan notis berkenaan tetapi tidak mengarahkan kumpulan lelaki itu merampas kereta berkenaan dan memintanya membuat laporan polis.

Katanya, kejadian itu kali kedua berlaku apabila kumpulan sama menahannya di Jalan Ibrahim, di sini, pada 9 November lalu.

“Kereta saya tiba-tiba dihalang Proton Waja dinaiki dua lelaki sebelum seorang daripada mereka masuk ke dalam kereta dan mengugut menyerahkan wang jika tidak mahu kereta dirampas. Saya yang ketakutan memberikannya RM100 sebelum mereka beredar.

“Bagaimanapun, setengah jam kemudian ketika di kawasan Kampung Penghulu Him, di sini, dua lagi lelaki dipercayai rakan mereka menghalang kereta saya dan meminta RM2,000. Norlieza berkata, dia yang ketakutan memberikan RM1,500 sebelum baki RM500 diberikan malamnya.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan membuka kertas siasatan.

My MOod..

Hari nie rase semakin xsihat..batuk pun da worst..mybe....malam tadi xboleh nk tido..kerap sgt batuk...ubat da makan...badan pun da rase mcm nk demam jerk...esok da keje...jgn la makin teruk....

ape lagik petua untuk menghilangkan batuk nie..selain makan ubat batuk yg sedia ade tuh...

hi ols...Hari nie aku menulis lagik...tp aku xtau ape yg aku nk tulis...main sedap tangan menaip jerk..mgkin aku nk share cite psl hari bahagia aku xlame lagik..persiapan baru jer 7% kot...byk lagi xsiap walhal mase tu terlalu suntuk..mase terus berjalan...aku pun xtau la dari segi mane persiapan tuh nk dijalankan...mgkin kerana sbb2 tertentu persiapan tu hanya byk tu...Masih mencari idea untuk membuat hantaran..korang boleh share ngan aku klu korang ade idea yg best2 yek??Gubahan hantaran rase mcm nak sewa..tp kt mane ek? korang tau x mane2 tpt yg boleh disewakan...Xpayah la aku nk create baru..tkut pembaziran..lepas kawen mesti da x guna benda tu semua..if aku sewa xler rase rugi kot...ape pendapat korang..

Lepas tu nk cari mak andam yg servis ok la..cantik...klu boleh semua nk yg terbaik kan???harap ok jerk...
sbb perkahwinan nie xdelh grand mane pun..tp nk la npk grand skit kan? kawen sekali jer seumur hidup...mesti seronok kan?hbis lepas kawen seronok ker...TANGGUGJAWAB????tu semestinye...orang perempuan..semua nk kena jaga kan?dari semua sudut la nk kena jge...Insyallah aku da sedia...cume  yelah...semua tu ade  dugaan dan rintangan dalam alam perkahwinan...tu da asam garam die...
Harap Aku akan menghadapinya dengan tabah..AMIN....
Klu korang rase boleh bg aku idea sila-sila la yek....bye,...

Bosannnnnnnnnnn.....^_^

Hari nie aku xtau la knpae hati aku nie mcm nk marah,sedih,dan macam2 lagi la...nk wat keje pun da rase malas da...Pk mmg mcm nak berhenti je keje...lg 2 bln lebih jer aku keje kat sini..past aku aku da nk blah da...
bulan 2 nie aku kawen...insyallah...lepas kawen kenalah ikut husband kan?so terpaksa la aku benti keje kat sni..
aku pun da boring rasenyer kje kat sini..dgn company yg senantiasa serabut dgn karenah org..bukan dgn kerja...aku harap satu hari nanti company aku nie lebih sistematik di mase hadapan..Insyallah

Melaka Oh Melaka

Melaka....
Mempunyai banyak sejarah dulu kala yg kekadang tu kite ingat da kekadang kite lupe...dan ade yg xtau langsung pasal sejarah melaka..korang tau...
Melaka mempunyai banyak tpt2 yg menarik utk kite lawati dan memberi byk kenangan kpd kite...
hehehe...
Sebeno nye aku cume nk bgtau aku da naik river cruise...
JAKUNNNNNNNNNNNNNNNN....
peduli ape org kate aku jakun...or mesti org ckp..eleh...itu pun kecoh..hihihk..biarlah..
janji aku da dpt naik..nk bukti....alamak...gbr xde la..kt tunang aku la pulak...xpe..xpe..aku tunjuk tiket kat korang...lantak la,....

nah ni buktinyer....
Byk lagi aku nk pi..nti bile aku naik taming sari,aku bgtau plak ek...
menyusuri sungai tu mmg seronok...tgk bermcm2 keindahan malam..lampu warna-warni...romantik lg klu naik cruise tu 2 org jerk kan???..emmm..romantik tau..hihihi
klah..nti korang kate aku jakun pulak..nti aku tambah lagi kejakunan aku tu ea..janji aku pergi dan rasai nyer tau...
da..da....

salam semua...sihat?da lame x wat new post...al maklum masih xpueh hati ngan blog nie..cam rase kekurangan plk,,lelagi ler bile aku tgk owg punyer blog tu cecantik jerk...dok terpk mcm mane la diorang nie wat blog cantik2..so aku nie dok tekan sane tekan sini cari idea...huhu..harap nie da memuaskan hati aku da..

esok raye????yeyeye...xsabar nyer nk makan ketupat,lontong..lemang..
Seronok sgt bile adik-adik balik..bawak anak-anak sedara yang mengalahkan satu bas kecohnyer...
Mule la mulut mak aku membebel ngan cucu die..emmm..biaselah orangtua...bersepah skit jer da bising..hihihi..
Tp yang xbestnyer xdpt balik kg Endau..da lame x tgk atok kat kg..yelah setakat cuti satu hari,susah la nk balik..

Apa-apa pun aku nk ucapkan selamat hari raya haji kat korang..moga di beri kegembiraan dan kebahagiaan hari raye nie...

My Lovely Blog

Waaa.....jadi gak blog aku nie...tp masih xpuas hati tgk blog nie...masih lagi xceria...
Aku masih lagi nk belajar care wat blog dan mengisi widget2 yang cantik menarik ko memang de bomb..
Harap lepas nie boleh la tambah ape2 yang patut...

hihi..Alhamdulillah...terhasil la nukilan dari aku utk tatapan blogger...

Damia Qaisara

Seorang bayi perempuan yang dinamakan dengan Damia Qaisara.Anak kepada adik aku..fatin dan hazri..
rindu kat die skrg nie...adik aku berpantang 44 hari kt umah...semalam da hantar baby balik...so bile kat rumah da sunyi dengan tangisan Damia..Rindu rasenyer...bile anak org sebelah menangis semalam,tetibe jer aku bukak pintu bilik..konon nak tgk Damia..Baru teringat Damia da blik semalam..rupenyer.....emmm..rindu sgt..
Damia manje sgt ngan nenek die...dari mak die tu...asyik nk marah jer baby nangis..hihihi...mak mcm harimau..nak mengaum jerk..Mungkin pengalaman pertama dpt baby...migrain bile damia nangis..kesian die...
Raye haji nie Damia balik sini semula...jumpa nenek ek??Yang kelakar nyer..ayah aku tu die cam teringin jer nak anak..hihihi..larat ker mak aku?isk...iskk..Xmolah...aku bgtau mak aku..unur da lanjut..hihihi...nti anak sebaya lak dengan cucu...cam kelakar je kan...

Ni la Damia Nyer...Comel...yg kat mulut tu sentiasa jer nak..klu tidak dengar jelah die melalak..
Damia...makngah rindu ler nak cium2 damia...nak dengar damia nangis...

Hari untuk berehat

Salam untuk semua..
Rindu nak mandi air terjun...sejuk..seronok..Tapi tempat yang best untuk pergi mandi manda??
Ada Cadangan ker..Air Terjun kota tinggi..emmm...da lame x jejak tempat tu...katanye tempat tu sekarang ni makin mahal dan sebarang makanan tidak di benarkan di bawa naik ke atas..emmm..xler namenyer nk berpiknik kan?Nak pergi beramai-ramai..seme adik beradik...seronok jugak...boleh melepaskan tension barang seketika...Dan cara tu pun boleh mengeratkan silaturahim antara keluarga kan?
Kekadang bile adik beradik ramai nie ade jer yang bawak maslah..harap dengan cara nie segala masalah tu boleh di lupakan seketika..

Pilu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku tidak tahu kenapa hati ini begitu pilu sehingga menitiskan air mata.Aku tidak tahu apa yang bermain di fikiran tatkala ini.Aku hanya ingin memejamkan mata supaya hilang segala gundah gulana di dalam benak hati ini.Bermain dengan perasaan yang tiada hujung dan pangkalnya.Tetapi jauh disudut hati ini,aku rindukan kepada kedamaian.
"Ya Allah..kau berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujian dari mu.Aku rasa semakin dekat dangan waktu itu,semakin banyak ujian yang kau berikan padaku,Aku tidak tahu samada aku sanggup untuk melalui ujian mu itu dengan penuh kesabaran atau tidak.Moga Engaku sentiasa memberiku ketabahan itu ya Allah.

Telah lama mencari sang pencinta yang setia...Tp dimanakah Ia...Adakah ianya hanya dunia khayalan seseorang yang bernama wanita..Mencari Seorang lelaki sbg suami ibarat bermain judi..Nasibnya baik jika menang dan padahlah jika kalah...Itukah yang akan berlaku kelak?.Sang lelaki selalu mencari kesempurnaan wanita,tp tidakkah sang lelaki itu sedar kesempurnaan tentang dirinya sendiri.
Bait-bait cinta yang dilahirkan pada alam percintaan tidak seindah di alam perkahwinan.Adakah itu betul?

Seorang wanita sanggup mengetepikan segala ego untuk sang lelaki yang dicintai,meninggalkan segala kebebasan hidup yang dinikmati hanya untuk insan yang bernama lelaki...
Sang wanita adalah makhluk Tuhan yang senantiasa diuji kesabarannnya.Tidak kira dalam apa jua keadaan pun,sesungguhya wanita itu sangat tabah.

Semoga Ketabahan seorang wanita itu sentiasa ada dalam dirinya..


Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Dah lame rasenyer x menjenguk blog nie...Nak kate sibuk tu xler...Cume kekadang bile buke blog nie mcm nk cerite seme masalah yg sedang difikir dan serabut kt kepala nie...Macam nk cerita seme kisah yg ade yg terlintas kt kepala nie..
Boleh ker jadi penulis???Menulis untuk kepuasan diri sendiri tanpa menghiraukan ape orang lain kata.
Kepuasan Hati..
Samada untuk diri sendiri atau untuk memuaskan diri orang lain tanpa kehendak kita.
Kepala dok berfikir bagaimana nk memuaskan hati kita tanpa dapat memuaskan hati orang lain..Apa yang diri kita sendiri nak..kekadang kita sendiri xtahu apa yang kita nak dari diri kita sendiri..Berfikir dan terus berfikir..sedangkan satu ketika itu kite terpaksa mengikut kemahuan orang lain tanpe kite sedar perkara tu tidak boleh memuaskan hati kita sendiri..dan akhirmya kita kecewa..kecewa dan terus kecewa...
Apa yang kite perlu buat??????????????????

About this blog

Segala artikel di dalam blog nih adalah kepunyaan aku dan ada yang aku copy paste dari web2 lain untuk dikongsi bersama dan artikel2 yg boleh di sharing untuk korang yg membaca..berkongsi segala pengetahuan yang aku tahu...
Tenkiu...(",)