Tanjung Piai-Pontian

Assalamualaikum semua..hi....and...
hi ols..hari nie sy nk berkongsi gambar dan sedikit latar belakang berkenaan dengan Tanjung Piai..
Dalam 2 minggu lepas ke sana bersama keluarga mentua,seronok dan penat jugalah berjalan mengelilingi hutan nie..
Kalau kesana x bole la membawa makanan coz,bila korang bawa makanan,monyet2 yang kelaparan tu akan mengejar dan mendapatkn makanan yang dipegang pengujung.aduh..takut....
NIe sedikit artikel tentang TANJUNG PIAI..(dipetik dari Johor National Park Corporation (JNPC)


Tanjung Piai juga dikenali sebagai “bahagian paling selatan tanah besar Asia” (the southernmost Tip of Mainland Asia). Tanjung Piai dinamakan sempena pokok bijirin tempatan yang dikenali sebagai ‘Paku Piai’. Ia adalah sejenis tumbuhan bijirin yang boleh hidup di kawasan yang masin. Tanjung Piai juga adalah kediaman kepada kebanyakan spesis tumbuhan bakau dan haiwan. Tanah lembap (wetland) Taman Negeri Tanjung Piai (Ref:1289) yang dipilih pada 31st January 2003; 526ha; 01°16′N 103°31′E, adalah Taman Negeri yang mengandungi pantai bakau dan intertidal mudflats.
Menurut Wetlands International, di Semenanjung Malaysia terdapat 28.7% hutan paya bakau di Johor (27733ha) atau 4.7% daripada keseluruhan jumlah hutan bakau di Malaysia. Tanjung Piai meliputi kawasan bakau seluas 526 hektar dan lagi 400 hektar dataran berlumpur. Mudflats adalah tanah lembut dan berlumpur. Ia mengandungi kandungan garam yang tinggi dan kadar oksigen yang rendah (anaerobic). Walaubagaimanapun, ini dipengaruhi oleh keadaan yang panas dan kering.
Bakau yang digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau (MFR) di Johor adalah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Bakau yang digazetkan sebagai Taman Negara dan tapak RAMSAR oleh Kerajaan Negeri Johor diuruskan oleh Johor National Parks Corporation (JNPC).
Ia membentuk satu-satunya koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dan tanah lembap Sungai Pulai. Terdapapt lima buah sungai merentasi Taman Negeri Tanjung Piai. Paya bakau di Taman Negeri ini adalah contoh biasa Rhizophora apiculata-Bruguiera cylindrical yang kebanyakannya terdapat hutan pantai. Dataran lumpur ini walaubagaimanapun adalah luas, terutama di bahagian selatan Tanjung Piai. Lima spesis burung air besar dan 7 spesis burung pantai dilihat mencari makan di mudflats ini. Paya bakau Tanjung Piai telah dipulihara sebelum ini untuk melindungi kawasan pantai, kerana kawasan-kawasan pedalaman berhampiran adalah tanah-tanah ladang yang digunakan untuk bercucuk tanam.
Batas-batasan dibina di sepanjang timur dan barat pantai Tanjung Piai untuk melindungi tanah kebun dari dibanjiri oleh air masin. Kehadiran ombak telah menghakis Tanjung Piai di mana tepian pantai bakau berkurangan kepada 50 meter di beberapa bahagian. Taman Negeri Tanjung Piai adalah kediaman kepada kira-kira 20 spesis tumbuhan bakau sebenar, dan juga kepada lagi 9 spesis bakau berkaitan, yang menunjukkan kadar kepelbagaian spesis yang tinggi.
Sejarah
Sebelum menjadi taman Negara, ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sg Pulai di bawah Jabatan Perhutanan PM. Johor National Parks Corporations ditubuhkan di bawah Akta JNPC 1989 untuk menguruskan taman-taman Negara di Johor. Tanjung Piai telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada tahun 1997. Kajiselidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai. Taman ini telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Akhirnya, ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004.


Jom layan gambar pulak...